ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… 

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa. 

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia. 

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? 

  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 
  2. Tanah Bukit Tursina 
  3. Tanah Iraq 
  4. Tanah Aden 
  5. Tanah Al-Kautsar 
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 
  7. Tanah Paris 
  8. Tanah Khurasan 
  9. Tanah Babylon 
  10. Tanah India 
  11. Tanah syurga 
  12. Tanah Tha’if 

Kata Ibnu Abbas : 

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan         manusia ke lembah dosa. 

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 

Bagaimanakah prosesnya : 

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”. 

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”. 

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. 

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. 

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. 

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

Dijadikan pula lima buah pancaindera : 

1. Mata alat penglihatan 
2. Hidung alat penciuman 
3. Telinga alat pendengaran 
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. 

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. 

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. 

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat  mengucapkan “Yarkhamukallah”. 

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. 

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. 

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”

Allahuallam

§ 44 Responses to ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

  • ABHussin berkata:

    Satu Pendapat Laen Dari Ahli Hakeqat :

    Tatakala siap bertempa lembaga Adam, lalu Allah Azzawajalla perintahkan salah satu para Malaikatnya bagi menjalankan tugas besar tersebut. Lalu pertama kali diutuskan kepada Jibrael membawa bingkisan rahsia untuk ditiupkan Ruhullah kedalam lembaga Adam….

    Maka pergilah Jibrael menjalankan perintah Allah. Namun Jibrael nggak jujur dan amanah kerana telah membuka dan membaca isi bingkisan tersebut. Lalu diletakkan kertas rahsia itu diatas dada Adam. Tatakala ditiupkan Ruh kedalam lembaga Adam, namun Adam nggak bisa bangun maseh terbujur….

    Lalu Allah Azzawajalla utuskan pula amanahnya kepada Azazil menjalankan tugas tersebut. Azazil amat setia nggak pernah engkar perintah Allah, nggak berani pecah amanah membuka isi rahsia surat tersebut. Apabila surat rahsia tersebut diletakkan kedada Adam, Ruhullah ditiupkan kelembaga Adam, lantas Adam bisa bangun…

    Wallahu’alam…..

  • Syeikh Anwar Al-Bajiri berkata:

    sebelum kejadian adam, apakah yang pertama tuhan ciptakan sampai kepada Adam a.s., tolong jelaskan..

  • juwita maya berkata:

    Makhluk pertama yang ALLAH ciptakan adalah air…wallahu’alam..ALLAH juga yang maha mengetahui…

  • man7 berkata:

    manusia diciptakan dari air yang cukup hina”air mani”. Jadi manusia itu semuanya sama sahaja.

  • mardhiah berkata:

    salam ‘alaikk. syukran ats informasi di atas. ana mohon share and copy article yg bermanfaat. Jazaakallah Khairan kathira

  • siti nurul shuhada binti sheikh hassan berkata:

    Kejadian manusia itu terkandung rahsia antara pencipta dan hambanya. Jika ditanyakan kepada sesiapa yang benar-benar menuntut ilmunya, maka ketahuilah dia bahawa itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Jika dibentangkan dan dihuraikan didalam laman ini nescaya tiada ruang untuk di coretkan dan tiada khudrat untuk ditaip bait-bait kata huraiannya. Jika ditanya ada suatu hari diantara hari bukanlah hari yang biasa dihitung, ingin sekali saya bertanya apakah hari tersebut?

  • Sarina Zul berkata:

    Mohon dikongsi ….

  • AdiZ berkata:

    manusia diciptakan dari air yang cukup hina”air mani”. yg hina tu lah mulia…manusia sama tp rupa berbeza….

  • nurul berkata:

    salam…ada soalan..berapa tahun nabi adam hidup di syurga dan berapa tahun nabi adam hidup di dunia…dan di manakah syurga nabi adam mula2 dijadikan?..dan bagaimanakah solat nabi adam?

  • Anne Shine berkata:

    Betulke?NA I Adam dia cipta pa da hari jumaat

  • Hiday berkata:

    Knapa swaktu manusia meninggl sering susah?Dikrenakn swaktu roh itu dimasukkn(kejasad adam),roh merasa dy tdk pntas didl

  • Islam indah berkata:

    nak share boley? trime kasih.. :)

  • kobey berkata:

    terima kasih atas ilmu yang berguna ini..

  • Mahdy ahmad berkata:

    sungguh maha kuasa Allah yg tlh menciptakan manusia
    jdi bertakwalah kita thdpy

  • khalid al walid berkata:

    subhanallah kita tidak berhak menghina makhluk ciptaan yang maha agung.selain manusia air adalah makhluk bgitu juga dgn tanah ,api ,angin adalah makhluk.patutkah kita kata air itu hina? manusia tidak boleh lari dari air. fahamilah apa pecahan air apa kah rahsia yg terdapat dalam air? adakah kita faham?

  • jeff berkata:

    Sy ingin brtya 1 soklan…dlm AL-Quran mnyatakan malaikat azazil lepas d pdng msyaarr sdngkn iblis xlpas…sy muskil tntg prkara itu..bley tlng dprjlaskan x..

  • cucuatokosman berkata:

    aslmkm..kisah ni ada dalam al-quran yee..
    nk rujuk ape??

  • cucuatokosman berkata:

    *nk rujuk surah ape???

  • ROWEN berkata:

    ALLAH MAHA BESAR

  • lian iryanto berkata:

    Assalamualaikum…adakah dalili kalamullah dlm quranul karim yg menyatakan uraian diatas. Asal muasal diciptakanya Adam…sukran

  • Nrcn berkata:

    setiap apa yang di ciptakan Nya pasti ada sebab dan kegunaannya.siapa kita untuk menilai ciptaanNya? ALLAH MAHA BESAR.

  • lurah sumaker berkata:

    Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

    Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat  mengucapkan “Yarkhamukallah”.  PERMASALAHAN : secara teori Adam diciptakan ribuan tahun sebelum era Rosul Muhammad, secara logika apa mungkin Adam sudah menguasai kata kata Alhamdullilah beserta pengertiannya, apalagi wahyu Illahi surah Alfatekah turun di era Rosul Muhammad, dan juga dalam Al_qur’an tidak pernah disebutkan dimana posisi Adam diturunkan di Dunia, apa tidak mungkin Alloh mengucapkan pengertian alhamdulilah dlm bhs jawa atau cina, karena mungkin saja Adam diturunkan di cina atau di indonesia, MOHON PETUNJUK ROMO KYAI

  • farid berkata:

    Azazil dan iblis adalah mahkluk yang sama. Semasa di syurga dikenali sebagai azazil dan bila dia derhaka dgn perintah allah dan terusir ditukar nama iblis laknatullah.

  • saidiana berkata:

    mau bertanya ne,,mengapa setelah meninggal kita kubur, dibakar, di buang keair, kadang melaui angin?

  • Nani berkata:

    Saidiana..mayat org islam di kuburkan & tak pernah dibakar..perbuatan tu haram..asal kita dari tanah dan mesti di kembalikan ke tanah. Islam melarang mengenakan api pada makhluknya termasuk binatang..yg Saidiana nyatakan itu bukan amalan org2 islam

  • arman berkata:

    sy yakin asal mula manusia,untuk apa keberadaannya dan kemana setelahnya kemana jasad kita kemana roh kita, kemana roh kita, kemana Nur IZZA dimana keberadaan NYA dalam keberadaanku sekarang sebelum matiku.engkau penciptaku kuingin kepadamu kembaliku tampa sesuatu

  • wahyu berkata:

    Yang pertama2 dijadikan Allah SWT adalah Nur nya Nabi kita, NurMuhammad SAW

  • Desi berkata:

    subhanallah

  • Muhammad Fadhli al-Mahfuzh berkata:

    Syukron Kasiron, atas pemberi tahuannya.

  • MNB berkata:

    betul2 wahyu…. NurMuhammad yg mule2 d cipta oleh Allah swt… tanpa nurnya tiadalah kita….

  • bayu berkata:

    Senang nyah baca inian langsung
    adem pikiran

  • abc123 berkata:

    subhanallah

  • Putri retno berkata:

    Mndengar cerita bgaimna manusia di ciptakan itu sangat indah,subakhan allah indah nya dan betapa maha agung dan dahsyaaat nya engka ya(allah).

  • miezah berkata:

    salam , mohon share info ya .Terima kasih

  • ronni berkata:

    adam tercipta dr sari pati tanah,air api,angin.dan saripati td tercipta dr nur muhammad,htam,putih,merah,kuning,dan nur muhammad itu dari johar awal yaitu bibitnya tujuh bumi tujuh langit beserta isinya semua.(dat laesa kamislihi/ismudat/asmanya yg maha suci/latipah (bila haipin bila makanin )

  • videliahery berkata:

    sangat bguslhaaaaaaaaaaaaaa,,,, isi makna penciptaan manusia

  • Nur Indah berkata:

    salam , mohon share info ya .Terima kasih

  • tokke saja berkata:

    as salam, bnyak manfaat baca artikel di atas syukron,

  • Acik berkata:

    Terima Kasih Untuk Maklumat Yang Berguna Ini …

  • Akbar arifin berkata:

    Thankz sobat informasinya menarik

  • zaini berkata:

    minta copy

  • lia indah berkata:

    dng mengetahui asal usul manusia,smoga qt lbh tau bhwa status qt hny hamba yg hrus snantiasa beribdah kpd sang pncipta

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 590 other followers

%d bloggers like this: