SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

§ 11 Responses to SEJARAH AYAT KURSI

  • ilyana berkata:

    salam,

    saya ada terbaca 1 kisah tentang ayat kursi.
    dalam kisah tersebut mengatakan bahawa seorang sabahat/pengikut nabi (maaf, saya tak ingt siapa nama sahabat/pengikut nabi ini), telah pulang ke rumahnya dan mendapat seorang pencuri berada didalam. sahabat/ pengikut nabi ini mahu membawa pencuri itu berjumpa dgn rasullullah, tp pencuri nie merayu supaya dipelaskan dan berjanji tidak akan mengulanginya. lalu dilepasnya pencuri ini. tp keesokan malamnyer, sekali lagi pencuri ini dtg. perkara ini telah berlaku selama 3 malam berturut-turut. pada malam ke-3, setelah pencuri ini ditangkap, sahabat/pengikut rasullullah ini tak mau melepaskan pencuri ini, lalu pencuri ini telah mengajarnya ayat kursi. kata pencuri itu lagi, sekiranya diamalkan ayat ini setiap masa, nescaya akan dilindungi dari sesala gangguan. ke esokannya, sahabat/pengikut ini berjumpa dgn rasullullah dan bercetita tentang apa yg berlaku selama 3 malam, lalu rasullullah berkata bahawa pencuri tersebut adalah syaitan/iblis yg menyerupai manusia dan dia telah mengajar manusia tentang kehebatan ayat kursi.

    saya cuba utk mencari versi penuh cerita ini, tp tak jumpa,
    mungkin saudara idzhar boleh bantu saya.
    saya sekadar nak memenuhi koleksi-koleksi cerita teladan.dan mungkin saya boleh berkongsi dgn anak-anak buah dan sahabat saya.

    terima kasih

  • sarah berkata:

    slm..byk manfaat jika selalu mengamalkan pembacaan ayat kursi ini.insyaallah,saya akan berkongsi kebaikan ayat kursi ini bersama-sama keluarga,saudara-mara dan teman-teman.saya nak menanyakan satu soalan,bolehkah seseorang wanita yang sedang haid membaca ayat kursi di dalam hati?

  • nana berkata:

    “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

    nak tanya…apa maksud di akhir setiap smyang fardhu tu? adakah di rakaat akhir atau selepas solat?

  • hazreen berkata:

    p`rmpuan yg dalm haid blh m`baca ayat kursi jika ayt kursi sdh mnjdi amlan harian nya(sewktu bersih)

  • aieshah binti ayoub berkata:

    salam pada semua pembaca,selalu selaulah membaca ayat kursi walaupun dimana dan apa saja yang sedang kita lakukan,kerana kita sendiri akan rasa betapa nyaman dan tenteram diri kita setiap masa,insyaallah.

  • Akar Lalang berkata:

    Perkongsian yg sangat baik… mintak untuk d postkan pada blog saya bule ke…

  • evan_goes berkata:

    Subhanallah ,,,,

  • novia putri cahyani berkata:

    subhanallah .. ,,, *** ~~~~ ““ ””

    waw …. ,,, ” *** ~~~~ !!!!!!!!!!!!!

  • norlizawati berkata:

    ayat kursi ni klu diamalkan hidup kita akan mjadi tenang walaupun kita berada dalm situasi kesusahan.ayat tersebut juga adalah benting untuk diri kita

  • nuramalina berkata:

    Baru2 nie sy mula mengamalkan membaca ayat kursi sebelom tdo. semasa hendak tdo tu sy mendengar alunan zikrullah sehinggalah sy tertdo. sewaktu sy mendengar alunan zikrullah itu sy begitu sukar hendak tdo. tetapi apabila sy menghentikan zikrullah itu baru la sy tertdo dan sy akan bermimpi yg buruk. Mimpi ini berlarutan selama beberapa hari mimpi yg bermcm2 dan mimpi yg buruk dan menakutkan. Semalam sy tidak membaca ayat kursi mahupun mendengar ayat quran mahupun zikrullah tetapi tidak mengalami apa2 mimpi. Dan menjadi pertanyaan jgk adakah mimpi2 itu merupakan sesuatu clue atau ada sesuatu yg ingin diberitahu melalui mimpi tersebut? Sy ada berkongsi cerita ini bersama seorang teman yg berpengetahuan dan beliau ada memberi petua apabila bermimpi yg buruk itu ketika terjaga, seeloknya membaca bismillah dan ludah 3 kali ke kiri. Sy nie jahil dalam bab agama jdi serba sedikit tu ingin juga bertanya inginkan pendapat kepada mereka yg berpengetahuan.

  • saddam husen berkata:

    Insaallah. Amin

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 597 other followers

%d bloggers like this: