SIAPAKAH SEBENARNYA AL MAHDI

Di sini ingin saya kongsikan sedikit cerita yang pernah saya dengari dari seorang sahabat saya yang pernah menuntut di sebuah Universiti di Mesir suatu ketika dulu. Beliau ada menceritakan pada saya mengenai Siapakah Al Mahdi sebenarnya kepada saya yang suka banyak bertanya persoalan agama daripadanya. Saya amat tertarik dengan salah satu cerita beliau mengenai kebangkitan Al Mahdi dan di sini saya ingin kongsikan pada anda semua tentang sesuatu yang tersirat dan tersurat disebalik kisah Al Mahdi yang banyak diperkatakan oleh ramai orang terutama pada umat akhir zaman ini sehingga ada yang terlalu taksub dan berani mengaku sebagai imam mahdi
Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi ini memang telah wujud semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda sendiri juga pernah banyak meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan Iman Mahdi diakhir zaman selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga kedatangan Nabi Isa alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di sampaikanya mengenai Imam Mahdi adalah :
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani.
Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.
Ceritanya yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu
Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid
Disini saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan Rasullah dan Siti Khadijah.
Di pendekkan cerita saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa orang pengikut yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazid bin Muawiyah (Yazid I) di suatu kawasan padang pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung selama beberapa hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan kepada tenteranya supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana katanya sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk mempertahankan diri dan keluarganya.

Di saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.
Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya. Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.
Kaum Syiah Mempercayai Imam Mahdi tersembunyi di sini tetapi sejauh mana kebenaranya ?
Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda saidina ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengankeadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti
Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,
“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
Di dalam riwayat yang lain :
“Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”
Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi
Sehingga kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya. Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung saidina Ali ra.
TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL MAHDI
Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.
Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:
- Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.
- Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.
- Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan
- Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
- Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur
- Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam
- Zahir kelam pada langit.
- Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.
- Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.
- Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).
- Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.
- Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
- Zahir banyak gempa bumi.
- Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ketahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat AdDuratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.
Allahualam,
Khairul : 31/10/2008 '01pm








I REALY LIKE YOUR STORY………..
sifu…………update la blog nie….ti apak blanja SKL sekotak
ok…….
Inilah pertama kali saya mendengar pendapat yang mengatakan Imam al Mahdi adalah Sayyidina Hassan…
Sesuatu penyampaian yang baik dan mudah. Persoalan mengenai Imam Mahadi ini amat rumit dan banyak kajian yang telah dibuat tetapi bagi saya masih lagi belum ada yang benar2 jitu dan kontrit. Perkara yang agak kontroversi dalam tulisan saudara ialah mengenai Saidina Hassan yang berikut:
qoute:
“Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu.
“”Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya.”"
Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.”
Diini terdapat perkataan “riwayat” menunjukkan ada tulisan mengenainya. Saudara tidak mengemukakan rujukan untuk menilai kesasihannya.
Ceritera ini memperlihatkan sesuatu yang luar biasa (ajaib/hebat) walaupun tidak mustahil tetapi caya ceritanya seumpama “hikayat” yang sukar dipegangi. Siapakah yang mengetahui dan mengesahkan kata-kata “Apabila Allah melihat…” Alhamdulillah jika ianya benar.
Tiada dalam lipatan sejarah walau pun sedikit.
Tiadakah keturunan Saidina Hussain dan Saidina Hassan? Saya tak terfikir mereka pupus. Bukankah keturunan kereka itulah lahirnya ahlul bait yang bernama Muhammad bin Abdullah (alMahdi) itu. Tentunya bukan Hassan Bin Ali seperti ramalan penulis. Harap diperbetulkan jika saya silap. Cerita ini mirip anggapan kaum Syiah yang menanti Muhammad alMahdi (Imam) yang ghaib untuk kembali sebagai Imam Mahdi akhir zaman.
wassalam
Salah 1 info yg hebat dari berpuluh-puluh info yg saya dah dapat mengenai salasiah Imam Mahdi ni.
Tapi banyak yg bercangah daripada apa yg saya baca dan dah dengar sebelum ini.
Ini semua kuasa Allah.. Hanya Allah yg Maha mengetahui. Kita di beri Kitab Suci Alquran dan Hadis sebagai rujukan utk kita sebagai umat islam lebih2 lagi umat di akhir zaman ini.
Allah swt menurunkan kitab suci AlQuran bukan sekadar utk di baca, di hiasi atau di dengari.. Tapi sebagai panduan… Kerana dari permerhatian saya dan kajian yg saya buat sendiri, setiap kejadian yg berlaku pada Dunia pada hari ni telah tercatit dari Alquran. Cuma kita yg kadang2 baca tapi tak memahami walaupun ada terjemahannya.
Sama-samalah kita mengukuhkan keimanan kita agar akidah kita tidak lari dari ajaran Islam..
Kalau tak keberatan, bukalah http://www.youtube.com dan cari video bertajuk “Ambang Kiamat dan Kebangkitan Imam Mahdi” dokumentari ni agak menarik…
Alhamdulillah,
Lebih baik berusaha daripada berharap kepada Imam Mahdi atau sebagainya kan? x salah untuk bercerita bagi mendapatkan keyakinan sepertimana Rasulullah s.a.w memberi gambaran bahawa Rom Dan Parsi akan tumpas di tangan Umat Islam. Dan perkara ini terus dibuktikan oleh Khalifah² yang menggantikan tampuk pemerintahan Kerajaan Islam.
Walaubagaimanapun, Siapalah kita ini? siapakah Khalifah kita sekarang? Khalifah ini lah yang akan merancang segala susun atur sistem Islam ini. Selagi negara kita disempadankan, selagi kita hendak kemana² memerlukan PASSPORT, sampai bila-bila lah kita tidak boleh berkuasa. Sentiasa di cengkam Undang² kufur ini.
Sekarang, terlalu banyak Parti tidak kira parti politik mahupun NGO yang konon memperjuangkan Sistem Khalifah ini.. namun mengeluarkan hasil yang samar (tidak sanggup bersusah payah sepertimana Rasulullah & Saidina Abu Bakar dikejar untuk dibunuh)
Harapan daripada kuasa Politik kita dapat menyatukan Negara-negara Islam (OIC) iaitu sebagai Negara bersekutu sepertimana sirah Rasul s.a.w membuat perjanjian bersekutu dengan semua kabilah² arab dimasa lampau. untuk menjamin keselamatan beliau s.a.w dan hak² kabilah tersebut.
Aku berharap sahaja, jila hendak ke negara² OIC, x perlu dah Passport, Menggunakan mata wang yang sama, tidak bersangka² buruk sesama muslim dan 1 bangsa iaitu BANGSA MUSLIM. dan sudah pasti sistem Khalifah dan Gabenor dapat diwujudkan semula tanpa menumpahkan sebarang pertumpahan darah.
aku rasa OIC inilah bakal dianggap sebagai imam Mahadi selain memang ada Individu yang layak bergelar imam Mahadi ini.
Sekian, salam..
p/s: harapan yang tinggal harapan.
siapakah dia bukan soalnya.menurut perkiraan takwin astronomi alhli kitab dan yahudi dia sudah ada. Mereka ahli kitab terlalu kehadapan dari kita Muslim. kita mengharapkan doanya.Ia penting buat kita semua. Yang pasti ia dari negara kita Malaysia. Khuarisan di Asia Tenggara. negara yang terletak di tengah3x adalah Malaysia. Malaysia. Malaysia. benar atau salah Tuhan Saja Yang MengetahuiNya.
Kita doakan dia selamat dimana ia berada.Dia bukan manusia luar biasa tapi Allah SWT memberi nusrah buatnya. Dia mengasihi semuanya, Islam mahupun Kristian. alhkitab menyayanginya, kerana dia adalah key word AL-Mahsi akan membantunya mendedahkan yang Islam itu 1 dan membuktikan yang dia belum mati.
asalamualaikum..“Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka sejauh mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu”…saya tersentak dengan ayat ini (sejauh mata memandang)…bapa sy pernah menceritakan ini pada sy,crita turun temurun dalam kaum kami(mgkin ada jg yg xtahu) dari moyang2 sy…ratusan tahun dahulu,sewaktu org2 arab tiba di tmpt sy,mereka membawa agama ISLAM dan mengangkat seorang imam di tempat sy..imam itu moyang sy..dan moyang sy inilah menceritakan kepada keturunan2 ttg beberapa riwayat2 dan mmg wujud waris Rasulullah di tempat ini…
saya dengar imam mahdi itu adalah sayidi sheikh muhammad bin abdullah as suhaimi..dari timur berketurunan RASULULLAH S.A.W..
Blog ni nampak ok.tpi ”SUARA DARI LANGIT PADA RAMADAN”harus diteliti samada benar atau sebaliknya
Bola sepak diilhamkan daripada sejarah kepala Sayidina Hussien disepak selepas dipenggal.
Wallahualam.
Allah dan Rasul lebih mengetahui …..
Wah luar biasa artikel ini…………..
love this story veryyyyyyyyyyyyyyy much
ana rasa..kita semuanya hebat..marilah kita mngkaji dan mencari dgan niat yang satu kerana allah swt
Barangsiapa yg tergolong didalam mereka yg ahli kashaf..perhatikanlah di keliling kaabah..pohonlah pada Allah agar diperkenankan untuk melihat imam mahadi,insyallah.
agak menarik dibaca. like!
assalamualaikum…
DI SNI SYA AGAK KELIRU DGN KEMISTERIAN ‘SIAPAKAH IMAM MAHDI’ DRI DLU LGI SYA TRLALU INGIN MGETAHUI SIAPA SEBENARNYA IMAM MAHDI…APA YG MMBUATKAN SYA JDI KELIRU ADALAH SYA PERNAH DIBERITAHU BHAWA IMAM MAHDI ADALAH RASULULLAH SWT SNDRI TPI BILA SYA MEMBACA ARTIKAL INI SEBALIKNYA PULA…HARAP artikal ini dpt memberikn saya maklumat yang lebih terperinci lagi… terima ksih…
Allah, rasulluah, ahlul bits, yuhibbul walasri zaman, Ini yg manusia lupa setelah wafatnya rasulluah, amirul mukminin, Dan ahlul baits, demi allah amirul mukminin gelaran untuk saidina ali oleh allah bkn utk para sahabat yg lain,
ya allah pertemukanlah aku dengan al mahdi dan jauhkanlah aku dari dajjal (laknatullah)
utk pengetahuan anda sebahagian keturunan nabi dari hussien dan hassan telah meninggalkan tanah arab mereka ada dimana saja sekarang ini,so tak mustahil kalo ada dari ahli keluarga uhlul bait ini ada dimalaysia,keluarga syed jamaliulail RAJA PERLIS adalah keluarga rasulullah dari saidina hussien ataupun saidina hassan,pecahan dari keluarga syed ini membentuk berapa nama2 keluarga dimalaysia seperti keluarga NIK,CHE dan,MIOR/MEOr yg sebenar1
Allah lebih mengetahui apa yg tersirat dan tersurat.kita hanya manusia biasa..jgn meramal takut tersalah ramal..semuanya telah ditulis..jika ada rezeki kita akan tahu siapa imam mahdi..pd masa tu jgn takut pula nak berjuang bersama2 beliau..tugas kita sekarang hanya menambah amalan dan menguatkankn iman utk bekalan hari kemudian..
Semoga kita ditempatkn dikalangan umat rasulullah yg diberi nikmat dan diberi tempat di syurga.
Insya allah
Izin copy sama paste ya
al mahdi