2012 : TARIKH KERAMAT ATAU KIAMAT

3 Ogas 2012 (15 Ramadhan 1433) adakah tarikh keramat atau kiamat….?

Segala puji bagi ALLAH yang menguasai alam semesta dalam genggaman-NYA. Kursi-NYA meliputi langit dan bumi, maka hanya DIA-lah yang patut disembah, Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Agung. Semoga salam dan selawat sentiasa dicurahkan kepada Muhammad Rasulullah saw, pemimpin umat Islam dan pembela dihari akhir. Kiamat…itulah yang sekarang ini sering diperkatakan.. itu juga hakikat kejadian dan penghujung perjalanan dunia..dan bila ia berlaku, tiada satu makhluk pun yang dapat menahannya atau melarikan dari dari nya. Harinya? waktunya? ITU ADALAH RAHSIA ALLAH SWT!.

Dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya): “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” ( al-A’raaf  : 187 )

Namun sebagai hamba pada NYA, kita diberi hak untuk mengkaji dan mengetahui, berdasarkan Al Quran dan hadis, pertanyaan, perbincangan,dari berbagai sumber fakta dan ilmu. Jika kita rajin mendengar/ membaca keterangan-keterangan dari web NASA, mereka pernah mengatakan bahwa sudah banyak planet yang terbalik arah putarannya, jika pada planet bumi kita ini, matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang menurut mereka planet lain sudah mulai terbalik arah dan matahari terbit dari arah barat.
Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Rasullullah saw. Adalah kemudian menurut para ilmuwan dari sekian banyak planet yang terbalik arah putar, mereka menemukan adanya planet dari galaksi lain yang bergerak memasuki orbit dalam solar system kita. Planet baru ini kemudian diberi ‘plenet x’ atau “Nibiru”. PLANET X (NIBIRU) ditarik atau tertarik oleh grafit matahari yang besar dalam tata surya kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan terbalik arah, dan suatu masa nanti planet tersebut akan berlaga dengan bumi. Hasil kajian yang dibuat perlanggaran antara planet X dengan bumi diramal akan berlaku pada 21-12-2012. Impak kepada pelanggaran tersebut berkemungkinan dunia akan hancur dan kehancuran yang maha dasyat itulah yang diertikan sebagai KIAMAT.

Setelah saya membuat kajian dan penelitian saya mempunyai satu rumusan serta kesimpulan yang mungkin hanyalah sebagai satu pandangan yg belum pasti akan kebenarannya mengenai isu tahun 2012 yang di dakwa akan berlaku kiamat oleh sesetengah pihak terutama para saintis barat. Disudut pandangan saya memang terdapat nas yang dapat membuktikan akan ada sesuatu yang akan berlaku pada tahun 2012. Sekiranya dirujuk dalam kalender Islam tarikh 1 Ramadan 1433 (20-7-2012) jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Ramadan 1433 (3-8-2012) jatuh juga pada hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit. Pada kajian dan ramalan saya suara keras yang amat dahsat tersebut kemungkinan akan muncul pada waktu sebelum subuh atau sebelum terbit fajar. Hadis Nabi di bawah ini mungkin ada kaitan dengan peristiwa tersebut.

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab:Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Ramalan barat menyifatkan bahawa hari kiamat akan terjadi pada hari tersebut kerana kebetulan pada masa itu adalah hari Jumaat tetapi dalam Al Quran dan Hadis ada menyatakan bahawa kiamat tidak akan terjadi sehingga kebangkitan Imam Mahdi dan Nabi Isa, dan semestinya dimasa itu akan keluar nabi palsu yang terakhir iaitu Dajjal Al Massih.  Adalah satu kemungkinan apa yang dimaksudkan oleh baginda rasulullah saw itu adalah satu peringatan bahawa akan berlaku banyak peperangan dan kehancuran dunia dek kerakusan manusia mengejar kuasa. Pembunuhan akan berlaku secara terbuka dan membawa kebinasan kepada seluruh manusia apabila pihak musuh menggunakan segala macam senjata yg maha hebat melebihi kekuatan atom dan nuklear. Dimasa itu pihak musuh (free mason & illuminati) berkemungkinan akan mengerahkan tentera dajjal yang akan diketui oleh Dajjal sendiri untuk memerangi dunia dan menyesatkan keseluruh umat manusia.

Kesimpulannya ialah pada hari tersebut barang kemungkinan bukanlah terjadinya kiamat tetapi suara dari langit itu adalah satu amaran kepada keseluruhan umat manusia kerana kemungkinan akan muncul Dajjal yang sebenarnya dan amaran bahawa akan berlaku kehancuran dek kerana peperangan dan gempa bumi. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa peristiwa itu akan melenyapkan umat manusia dimuka bumi sebanyak 2/3 dan yang akan tinggal hanya 1/3 sahaja  yang selamat.

Dalam hadis Ibnu Umar yang disahihkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): “Anak-anak kunci (rahsia) perkara ghaib ada lima perkara, tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja”

  1. Kita tidak tahu apa yang dikandung oleh rahim ibu-ibu kecuali Allah S.W.T
  2. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari
  3. Kita tidak tahu bila akan datang hujan
  4. Tiada seorang pun tahu di mana dia akan meninggal dunia
  5. Setiap makhluk satu pun yang tahu bilakah datangnya Hari Kiamat

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, ketika membuat tafsiran ayat di atas disebutkan: “Itulah perkara-perkara ghaib yang menjadi anak kunci rahsia yang diketahui oleh Allah SWT sahaja. Maka tidak diberitahu kepada sesiapa pun hatta kepada Rasul yang diutus, atau kepada malaikat yang muqarrab (hampir) kepada Allah SWT.”

Manusia hanya diberi mata, otak dan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH swt. Perkara kiamat adalah mutlak milik ALLAH swt saja yang tahu, bukan urusan kita .

Allahualam..

ARTIKEL LANJUTAN :

15 RAMADHAN : SERUAN DARI LANGIT

§ 13 Responses to 2012 : TARIKH KERAMAT ATAU KIAMAT

  • Nurul Azilah Wahdaniah berkata:

    Mohon kongsi juga ya…

  • Muhammad Lokman berkata:

    manusia hanya mampu merancang,ALLAH SWT sahaja yg boleh menentukan semua itu…

  • zie berkata:

    Terasa diri ini terlampau kerdil dan byk kekurangan…ALLAH maha agung..

  • aku hanya manusia bisa ya Allah

  • zeehussin berkata:

    Allah maha besar,Allah maha Agung dan Maha mengetahui apa yg tidak kita ketahui…subhanallah…Maha suci Allah…semuga sekalian saudara seagamaku sedar dan menyedari betapa kita dalam kerugian kerana asyik berbalah dek kerana perbezaan politik..marilah kita bersatu dan menambah ilmu amal dan tolong menolong…semuga kita adalah dari golongan yang dirahmati Allah..sesungguhnya kiamat itu adalah suatu peristiwa yg tak trtanggung oleh manusia…amin..

  • subahanallah boleh saya share…

  • gundam berkata:

    satu artikel yang menarik, tapi perlu berlandaskan kepada al-quran & as sunnah seperti mana yang di fahami oleh kalangan salafussoleh…. Hari Kiamat adalah rahsi Allah swt… Kita hanya mampu mengkaji sekadar apa yangtelah di sampaikn oleh Rasullullah saw di dalam hadis- hadis yang sahih. untuk menetapkan @ meramalkan satu tarikh yang khusus bagi kejadian hari kiamat adalah tidak tepat. Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui Setiap Rahsia di Langit & di Bumi. Kita hanya perlu mempertingkat amalan serta bermuhasabah diri dan bertaubat sebelum masa akan tiba pintu taubat telah di tutup. Kiamat akan tetap Berlaku & akan sentiasa menjadi rahsia Allah swt dan tidak perlu berteka teki bilakah kiamat akan berlaku, yang pasti mempersediakan diri untuk menghadapi Hari Kiamat & Hari Perhitungan adalah lebih utama daripada menyibukkan diri dengan meramal & berteka teki tentang bila Berlakunya Kiamat. Sesungguhnya Kiamat Kecil iaitu Mati adalah lebih hampir daripada kita berbanding dengan Hari Kiamat yang menjadi perbualan hangat orang awam masa kini. Wallahualam. andai tersalah bahasa terkasar perkataan mohon di maafkan, andai tersalah fakta daripada saya mohon diperbetulkan & sesungguhnya manusia itu tidak maksum & sering melakukan kesilapan. Wallhualam. Assalamualaikum

  • rina7unior berkata:

    apa sebenarnya tujuan Tuhan membuat bumi dan manusia ? kalau pada akhirnya Tuhan juga sudah membuat scenario kehancurannya?

  • sam.... berkata:

    Adakah kita bersedia ke SHURGA selepas kita meninggal????? Sediakanlah diri kita untuk tuhan. lebihkan berdoa

  • eddie berkata:

    Kemunculan tentera islam yg kuat berpaksi di asia.Insyaallah..

  • Amirul berkata:

    Bismillahirahmanirahim…

    Assalamualaikum…

    Pada pandangan saya berita tentang Palnet Nibiru ini hanyalah satu propaganda Yahudi yang ingin mengalihkan padangan orang2 Islam dari mencari2 kehadiran Imam Al Mahdi yang akan muncul tidak lama lagi mengikut tanda-tanda yang telah Allah berikan. Dalil2 saya ialah :-

    1 – Semua objek yang berada di dalam alam ini bergerak mengikut hukum yang telah Allah tetapkan. Semua bintang, galaxy, sistem suria, planet (termasuklah bumi) dan zarah molekul atom sekali pun akan berorbit mengikut arah lawan jam (sama seperti umat islam tawaf di mekah). Tapi jelas dari gambarajah yang diberikan ianya bertentangan dengan hukum alam yang telah Allah ciptakan.

    2- Secara hukum alam semulajadi ciptaan Allah, semua planet didalam sistem suria ini mengorbit matahari sebagai titik fokal. Ini bermakna masing2 mempunyai lorongnya sendiri dan tidak boleh sama sekali keluar dari orbitnya sendiri, kerana ini akan mengakibatkan ketidak seimbangan tarikan graviti sesuatu sistem suria tersebut. Semua planet mengorbit matahari didalam bentuk “Elipse” yang mempunyai dua titik fokal. Satu titik fokal adalah kosong dan satu lagi ialah matahari. Dari gambarajah diatas jelas digambarkan Planet Nibiru tidak mempunyai titik fokal yang sama, ini adalah bertentangan dengan hukum alam yang Allah ciptakan.

    3- Sistem suria kita adalah satu sistem yang amat rapuh, setiap ciptaan Allah pada sistem suria ini benar-benar memerlukan antara satu sama lain untuk pergerakan diatas paksinya mahupun pergerakan mengelilingi matahari. Bulan juga termasuk dalam sistem keseimbangan sistem suria kita. Andainya satu dari sistem ini gagal berfungsi maka seluruh sistem suria kita akan musnah. Jadi amat mustahilah perkara seperti yang di canangkan oleh Nasa tentang kehadiran Planet Nibiru yang akan berlanggar dengan bumi yang mana kenyataannya ia bercanggah dengan hukum alam ciptaan Allah.

    4-Jika benar Planet yang dikatakan “Nibiru” ini akan berlanggar dengan bumi, adakah negara2 berkuasa besar seperti Amerika, Eropah, China dan Rusia boleh duduk senang hati lagi pada masa kini?

    Sekali lagi saya ingin nyatakan kisah Planet Nibiru ini hanyalah propaganda mereka.

  • elynis berkata:

    maha suci allah kpada sekelian makhluk d bumi ny yg mseh brnyawa lg…jka bnar brlakunya kgemparan ny….allahhuakhbar!!!hamba mu gentar hendak melaluinya…..

  • voltan berkata:

    ini namanya basharatul qubra…atau lebih dikenali sebagai dukhan….komet besar…ada tersirat dalam surah ad-dukhan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers