WAHHABI : GERAKAN ATAU IDEOLOGI

27 Jun, 2011 § Tinggalkan komen

Istilah “Wahhabi” telah begitu sering kita dengar. Definisi yang muncul dari penyebutan istilah ini bahawa wahabi adalah suatu kelompok yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab. Kelompok ini dianggap merisaukan bagi sebahagian pihak dari umat Islam. Wahhabi dianggap pememecah belah umat, talibarut kerajaan Arab Saudi, agen Amerika, kelompok penghancur budaya Arab, dan lain-lain yang pelbagai lagi anggapan serta tuduhan. Namun, ada pula sebahagian yang lain, mendukung pula dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab ini. Begitu banyak tersebar karya bertulis yang menjelaskan bagaimanakah fahaman beliau dalam aqidah dan fiqh. Mereka berusaha membela Syaikh dari pelbagai tuduhan golongan pertama. Jadi, apa yang hendak kita ketahui adalah dari mana sebenarnya asal-usul istilah “Wahhabi” ini? Mengapa terdapat pro dan kontra terhadap dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahab? Wahabi persoalan disebalik gerakan atau Ideologi ? Ikutilah kupasan selanjutnya.

Advertisements

AUTOPSI KEMATIAN PEMIMPIN AGUNG

25 Jun, 2011 § Tinggalkan komen

Dalam lipatan sejarah Islam tertulis bahawa Saidina Abu Bakar ra dalam sebuah riwayat meninggal karena diracun oleh yahudi. Saidina Umar bin Khattab ra meninggal karena ditusuk oleh Majusi. Saidina Usman bin Affan ra meninggal dibunuh oleh orang kafir dan muslim fasik. Saidina Ali bin Abi Thalib ra meninggal dengan pedang tokoh kelompok sesat khawarij. Umar bin Abdul Aziz meninggal diracun oleh para pejabat lama yang marah. Diriwayatkan juga Rasulullah SAW wafat karena sakit yang berpunca dari racun yang direncana oleh kaum Yahudi. Berikut adalah suatu kupasan autopsi siri kematian mereka satu per satu dalam rakaman sejarah Islam.

Where Am I?

You are currently viewing the archives for Jun, 2011 at Welcômè ² Idzhâr Blòg.