41 DARJAT WANITA SOLEHAH

20 Julai, 2011 § 1 Komen

Sebagaimana kita maklum bahawa Islamlah yang telah mengangkat darjat wanita yang hidup tertindas dalam zaman jahiliah. Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sering menyeru kaum wanita agar menuntut ilmu dan berlumba-lumba dengan kaum lelaki dalam menghafaz Al-Qur’an, meriwayatkan hadis serta memahami hukum-hukum fiqah.

Kaum wanita tidak lagi dianggap negatif baik dari segi ibadat mahupun kedudukan. Tugasnya bukan setakat seorang suri untuk melayan anak-anak dan suami, malah berhak mendapatkan bahagian dalam bidang pelajaran dan segala hak yang dikuasai kaum lelaki tanpa halangan. Kaum wanita Arab meminta izin Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam untuk mendapatkan ilmu seperti yang dinikmati kaum lelaki.

Seorang wanita telah menemui Baginda dan berkata:

“Kami ingin mencontohimu wahai Rasulullah. Maka berikanlah kami sehari daripada masamu agar kami dapat datang mempelajari daripadamu apa yang kamu pelajari daripada ALLAH.”


Advertisements

TANGISAN NABI MENGONCANG ARASH

13 Julai, 2011 § Tinggalkan komen

Diriwayatkan dalam satu kisah nabi Muhammad SAW ketika beliau menangis sehinggalah air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Maka Berkatalah Jibrail alaihisalam “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan berkata: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang

Ikutilah sirah selanjutnya…

Where Am I?

You are currently viewing the archives for Julai, 2011 at Welcômè ² Idzhâr Blòg.