MISTERI HAIKAL NABI SULAIMAN

23 Mei, 2013 § Tinggalkan komen


haikalAlhamdulillah, ini adalah antara artikel yang sempat saya kirimkan dan kiriman yang ulung kali dalam tahun ini (2013) dalam merungkai sebuah misteri lama di zaman nabi Allah Sulaiman as. Isu Haikal Nabi Sulaiman (temple of solomon) pernah saya kupaskan sebelum ini dalam sebuah artikel saya yang bertajuk “Keruntuhan Al Aqsa Petanda Awal Kiamat“, saya tergerak untuk terus mengkaji sejarah misterinya sebagai satu bahan ilmiah yang mungkin boleh dikongsikan bersama kepada semua pembaca. Sesungguhnya Sejarah Haikal Sulaiman bermula di  Baitulmaqdis yang merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.

Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.

Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bilakah Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan? atau ia sekadar suatu konspirasi untuk mengkaburkan pandangan kita kerana kemungkinan ada sesuatu yang mereka cari disebalik runtuhan haikal tersebut, sesuatu misteri yang dapat membangunkan dan menyeru kebangkitan Dajjal Al Masih untuk menjadi nabi palsu akhir zaman. Semuanya masih menjadi suatu misteri..

read1

Tagged: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading MISTERI HAIKAL NABI SULAIMAN at Welcômè ² Idzhâr Blòg.

meta

%d bloggers like this: