BENARKAH KEWALIAN ITU MENGHALALKAN SYARIAT – PART ONE

Part One

Mukadimah

Persoalan ini benar-benar  memeningkan kepala aku, dan mulanya aku sendiri tidak berani untuk menyatakanya kerana bimbang takut di salah faham atau disalah erti oleh sesetengah golongan dalam masyarakat kita. Pada umumnya masyarakat Islam kini amat serius menjaga persoalan syariat atau kerukunan iaitu sesuatu yang berkait dengan persoalan akidah. Masyarakat Islam ketika juga ini kebanyakannya kurang berilmu dalam perihal agama sehingga mengenepikan persoalan akidah akibatnya ramai yang menjadi murtad dek kerana kejahilan diri yang hanya memandang agama itu pekara sampingan sahaja. Begitu ramai yang terpesong akibat dari perbuatan atau pertuturan yang tidak mengambil kira hukum dan syariat agama. Islam amat memandang berat persoalan akidah kerana ianya adalah melambangkan keimanan dan ketakwaan dalam diri seseorang itu. Persoalan ibadah sama sekali tidak boleh dimain-mainkan atau dipersenda-sendakan begitu juga halnya persoalan talak dan peceraian dalam perkahwinan sama sekali tidak boleh diperolok-olokan. Mungkin kita tidak sedar, di waktu pagi kita Islam tetapi sampai ke petang kita dah kufur kepada Allah, naauzubillah.. atau sedarkah kita kenapa generasi muda kini tidak cenderung pada kebaikan umumya pada hal agama tetapi lebih cenderung kepada kerosakan, kemungkaran, kezaliman dan kekufuran ini mungkin disebabkan institusi keluarga itu sudah tidak lagi adalah kerahmatan dan ramai pasangan suami isteri kini duduk dalam perzinaan kerana mempersendakan persoalan kerukunan seperti perihal taklik, talak dan perceraian. Maka lahirlah ketamadunan baru manusia yang kembali jahiliah malah sebenarnya lebih teruk dari jahiliah itu sendiri.

 

Pro & Kontra

Maaf sekiranya mukadimah di atas agak kerterlaluan atau agak meleret-leret penulisanya. Apa yang sebenarnya yang saya nak kongsikan kepada anda semua adalah kisah yang pernah di ceritakan oleh arwah datuk saya setahun sebelum beliau meninggal dunia. Ceritanya amat menarik perhatian saya dan saya suka untuk menulisnya dan berkongsi kisahnya kepada kalian semua. Kisahnya bermula apabila saya bertanya kepada beliau tentang perihal sikap pelik sahabat lama saya yang kebetulan saya ketemu ketika beliau pulang ke kampung. Dulu beliau adalah rakan sebilik saya semasa kami sama-sama bujang dulu, saya amat menghormati beliau kerana beliau amat tekun melakukan ibadah sembahyang dan selalu menghabiskan masa di surau dan masjid. Setelah saya terserempak dengan beliau, maka bercelotehlah kami sehingga berjam-jam, maklum le dan bertahun-tahun tak berjumpa. Apabila sampai waktu zohor saya minta izin untuk pergi sembahyang tetapi dia hanya berdiam saja, benak fikiran positif saya mungkin di ingin menjamak solat zohor dengan asar kemudian di waktu asar, setelah selesai solat kami terus bersembang sehingga lewat petang, kebetulan azan asar berkumandang terus aku mempelawa beliau untuk ke masjid bersama-sama, kali ini beliau tetap berdiam dan tidak berkata apa-apa. Pekara itu membuatkan aku menjadi tertanya-tanya kenapa kawanku jadi begini, sebelum aku meninggalkannya untuk ke masjid sempat aku bertanya padanya kenapa perlakuannya pelik seperti ini, jawapanya ringkas iaitu dirinya masih kotor dan tidak perlu menunaikan solat sehingga dirinya bersih iaitu untuk membersihkan diri, dan perlu mengenali diri dan barulah dapat mengenali tuhan sekiranya tidak maka sia-sialah amalan yang dilakukan itu. Aku pun menasihat beliau bahawa syariat itu tidak dapat dipisahkan dengan makrifat, kedua-duanya perlu ada dan perlu kepada keseimbangan agar tidak rosak akidah dan rosak akal. Dewasa ini ramai juga yang menjadi tidak ketahuan atau lebih tepat tidak siuman apabila terlalu mendalami ilmu kesufian atau ilmu ketuhanan tanpa perguruan yang betul, ini kerana berpunca dari dua pekara iaitu kerana amalan-amalanya yang terlampau atau cuba untuk memikirkan sesuatu yang dilarang oleh Allah swt iaitu persoalan zat Allah dan juga persoalan ghaib seperti roh. Otak kita adalah sesuatu anugerah yang paling besar dan maha hebat  ciptaanya dari Allah swt tetapi di situ ada batas-batasnya dan sekiranya kita melampui batas kemampuan untuk otak kita berfikir maka rosak binasalah akibatnya. Misalanya mana bisa kita mengambarkan wajah Allah iaitu sesuatu hal mengenai zat atau sifat  Allah itu. Oleh itu perbuatan atau amalan kerohanian seperti tarikat perlulah ada bimbingan dari guru dan juga elak dari memikirkan sesuatu yang kita tidak mampu untuk fikirkan kerana mungkin iblis dan syaitan cuba memperdayakan dan mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Sebenarnya saya belum lagi memulakan cerita sebenar datuk saya iaitu perihal “kewalian yang menghalalkan syariat”, isyallah akan bersambung pada bahagian ke dua dalam masa terdekat ini.. insyallah.

§ 4 Responses to BENARKAH KEWALIAN ITU MENGHALALKAN SYARIAT – PART ONE

  • Muhammad Asirullah berkata:

    Salammualaikum
    Selawat ke Atas Muhammad SAW dan keluarga Muhammad

    Kewalian yang sejati tidak membuang syariat…tarikat, hakikat dan makrifat….
    Semua itu salling meletakkan kan satu sama lain…
    syriat lahir dari tarikat….tarikat membenihkan buah hakikat..dan buat hakikat disemai menjadi makrifat…makrifat mewarnai syariat…..

    Rahsia Allah SWT pada Rahsia Kerajaan Hati @ Diri Sendiri……………..
    Tak perlu mencari jauh dari itu atau menggunakan konsep terbalik…
    Soal kewalian….makam keramah kewalian pada seseorang itu tidak akan membuat seseorang itu samapai kepadaNya dan masuk ke makam kehampiran kepada DiriNya dan juga memahami rahsiaNYa…..
    Keramah kewalian adalah haid pada lelaki……..dan makam kehampiran kepada ilahi hanya sampai pada wasilah Allah swt……..
    Dan Rahsia Allah swt disemunyikan pada Insan Wasilah Allah swt..
    Bukan Tuhan
    Bukan Malalikat
    Bukan Nabi dan Rasul
    TETAPI hanya seorang hamba yang sentiasa hati terpahut pada masjid an tidak pernah memaki kedua ibu bapa dan hati dan lidah sentiasa basah dengan mengucapkan nama nama Allah….

    Insan Wasilah Allah
    Tak banyak yang org islam tahu.tapi ini ilmu dan rahsia islam sendiri…nabi ada ckp pasal insan wasilah allah swt..ini tapi tak banyak sahabat yang dapat ilmu itu…
    Tentang Darjat Tertinggi Manusia di Sisi Tuhan…azza wajjalla ada kaitan dengan Selawat dan pernikahan adam dan hawa…dan juga sebab kenapa Dia mencipta contoh PERTAMA yang menjadi segala galanya sebagai contoh kemudian dari insan tersebut, DIA ciptak rupa adam, dan dari Nur pada Hati Insan tersebut juga dir keluarkan cahaya Muhammad…
    anatara adam a.s dan Muhammad SAW ada seorang yang sangat penting..< itulah Insan Wasilah Allah…..
    Bukan Nabi dan Rasul….bukan wali…tapi umat Muhammad SAW…pada diri wasilah allah merungkai makna kalimah dan makna selawat….
    Penikahan adam a.s dan hawa ada mas kahwin..iaitu selawat dan ada juga perkara penting tentang NASIb bani Adam..dan juga ada Cerita tentang Muhammad SAW……tapi satu yang di semunyikan daripada adam a.s yang hanya di bukakan kepada Muhammad SAW tentang seorang lelaki yang duduk di atas arasy…yang mana al kuris dan sidratul muntaha di bawah kaki nya….itu adalah hamba allah swt…yang GHAIB di dalam Nur Arays…
    Nur Yassin dari HATI Lelaki itu
    Nur Ahad dari kanan lelaki itu
    Nur Kursi di Dahi Lelaki itu
    Nur Al Fatihah pada atas Lelaki itu..
    dan hanya Dia Wasilah Allah swt…yang azali ke abadi…dan dia hanya hamba allah yang menjadi contoh segala galanya……
    itu kemuncak Rahsia Allah swt..dan Rahsia Allah swt , Dia sendiri yang sembunyikan pada WasilahNya……
    Dia yang menjadi Rahsia lalu mencipta RahsiaNya lalu meletakkan rahsiaNya itu pada Insan yang rahsia juga….
    itulah makna rahsia Allah…swt…
    Wasilah Allah menghampiri Rahsia Allah…swt…
    Rahsia Allah…sebenarnya…..
    Pada Hati sendiri…….sebab itulah namanya Rahsia
    😀
    salammualaikum
    p/s: rahsia tetap rahsia….tapi tak ada beza pun tentang rahsia Allah atau Dia..😀

  • talibramli berkata:

    Benar, seseorang yang mahu mengenali Allah perlu “mengkaji ayat-ayat Allah dan mengamalkannya’
    Bukan sekadar seorang muslim atas nama, keturunan atau bangsa.
    Cerita orang lama di semenanjung menaiki sampan ke Indonesia semalam tanpa pendayung hanya berdiri kerana yakin pada Allah.Banyak lagi kisah-kisah yang tak diceritakan dan dimasukkan kedalam kokurikulum sekolah.
    waallahualam. sekadar berkongsi.
    itulah nikmat dan membezakan Islam dengan kafirun.

  • Reehan berkata:

    Saya masih kurang faham dgn komen Muhammad Asirullah, tlng huraikan lg.

  • Wiresane berkata:

    Rupa dan rasaku yang paling nampak. Patutkah aku kembali kpd mahluk ? Sdngkn sorga itu mahluk neraka jg mahluk. Aku ingin kembali pda diriku yg sejati hbngi no .087865193851

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: