SALAM BUAT SEMUA

3 Mei, 2013 § Tinggalkan komen

Asalamualaikum buat semua teman-teman terutama kepada pembaca setia blog saya. Sudah hampir 8 bulan saya meninggalkan blog penulisan ini,

614903_4026851441960_1596934479_o

tanpa sebarang tinta dan nota untuk di coretkan buat semua pembaca. Kali terakhir saya menulis ialah kisah “Seruan dari langit Part II” yang telah dikirimkan pada 1 Ogas 2012. Entah mengapa diri ini terasa dingin benar untuk berkarya walaupun kekadang benak fikiran saya seolah-olah mendambakan untuk berkarya seperti dulu, tapi tetap juga terhasut jiwa ini untuk terus menyendiri.. Tapi syukur alhamdulillah kerana saya masih punya waktu untuk membaca segala komentar dari pembaca walaupun tiada jawapan balas dari saya. Terima kasih kepada semua kerana masih mahu terus membaca dan mengirimkan pandangan. Sebenarnya tujuan dan niat saya, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk perkongsian ilmu kerana saya sendiri masih lemah dan jahil, dengan usaha yang kecil ini saya mengharapkan keredhaan dan petunjuk dari illahi. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini.

Salam buat semua dan Ikhlas dari saya “khairul@johneox”

LAPORAN BLOG 2012

1 Februari, 2013 § Tinggalkan komen

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

About 55,000 tourists visit Liechtenstein every year. This blog was viewed about 400,000 times in 2012. If it were Liechtenstein, it would take about 7 years for that many people to see it. Your blog had more visits than a small country in Europe!

In 2012, there were 8 new posts, growing the total archive of this blog to 38 posts. There were 26pictures uploaded, taking up a total of 3 MB. That’s about 2 pictures per month.

The busiest day of the year was January 27th with 13,157 views. The most popular post that day was 2012 : TARIKH KERAMAT ATAU KIAMAT.

Click here to see the complete report.

SERUAN DARI LANGIT PART 2

1 Ogos, 2012 § Tinggalkan komen

Asalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog saya. Di waktu ini jam menunjukkan waktu pukul 4.30 pagi bertarikh 1hb Ogas 2012 tergerak dihati saya ingin membuat suatu kenyataan, bahawasanya ada di antara artikel-artikel yang telah saya coretkan melalui kajian saya bermula dari tahun 2011 telah mendapat terlalu banyak komentar yang positif dan nagetif. Saya akui bahawa tujuan asal saya menulis blog ini hanyalah sebagai satu perkongsian ilmiah dan informasi dan bukanlah berasaskan apa-apa kepentingan atau sebab musabab yang lain. Solusi daripada komentar-kometar yang tidak putus-putus telah diresponkan oleh para pembaca membuat saya berfikir  untuk mengulas sesuatu yang mungkin lebih berbentuk satu perubahan yang positif. Saya amat berterima kasih kepada semua pembaca kerana telah memberi saya satu keyakinan bahawasanya suatu yang saya fikir dan saya rasa   bukanlah suatu pekara yang mutlak yang semestinya benar. Bertitik-tolak  dari situ saya tetap yakin bahawa apa sahaja yang kita lakukan perlulah bersumberkan dari Al Quran dan Al Hadis. Atas alasan itu saya banyak membuat rumusan ke atas semua penulisan saya berpandukan Al Quran dan Al Hadis, cuma saya mungkin kurang arif dalam pengetahuan ilmu Hadis lantas membuat suatu tafsiran yang meyimpang dari kebenaran tersebut. Firman Allah SWT “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al ‘Asr 103: 1-3) . Atas respon daripada pembaca yang selalu menasihati saya tentang kebenaran dan selalu menegur saya dengan penuh berhikmah maka saya berhasrat samada menutup terus atau membetulkan semula artikel-artikel saya yang telah menimbulkan  banyak kontroversi sehingga mengheret blog saya dikritik hebat oleh media massa seperti di akhbar KOSMO pada sekitar febuari 2012. 2 hari lagi genaplah setahun Artikel “15 Ramadhan : Seruan Dari Langit” yang telah saya terbitkan pada 3 Ogas 2011 kesinambungan dari artikel “2012 : Tarikh Kiamat atau Keramat” yang juga telah saya sendiri terbitkan pada 20 Januari 2011 hanyalah suatu bentuk pandangan dan bukanlah suatu kepastian. Cetusan kedua-dua artikel tersebut sebenarnya bermula dari penulisan asal saya dalam “Asal Usul Ad-Dajjal” , “Fitnah Ad-Dajjal” dan “Sirah Ad-Dajjal”  dan juga “Siapakah Al Mahdi”. Justeru itu saya sendiri ingin mengulas semula artikel-artikel tersebut akan kebenaranya melalui respon-respon dari para pembaca dan saya akan membuat rumusan semula atas produksi tersebut. Saya yakin bahawa apa yang disampaikan oleh para respondan adalah suatu yang ada kebenaranya dan positif untuk diterima. Saya ingin mengambil kesempatan di bulan yang penuh barakah ini untuk memohon kemaafan kepada semua muslimin dan muslimat atas kesilapan saya dalam menerbitkan artikel tersebut yang sedikit sebanyak memberi implikasi yang nagetif kepada pembaca. Terima kasih kepada semua respondan yang memberi nasihat dan teguran yang membina agar saya lebih berhati-hati dalam penulisan saya di masa akan datang, terutamanya dalam mengutarakan hadis sebagai dalil dan hujah untuk disampaikan. insya-allah.

Ikutilah ulasan selanjutnya artikel “Seruan Dari Langit Part 2

MARHABAN YA RAMADHAN

18 Julai, 2012 § 1 Komen

“Tiada kata seindah zikir, Tiada bulan seindah Ramadhan, Izinkan daku memohon ampun dan maaf, Untuk lisan dan perbuatanku yang tak terjaga Janji yang terabaikan dan sifat yang penuh khilaf”

“Who believe, fasting is decreed for you as it was decreed for those before you; perchance you will guard yourselves…. The month of Ramadan is the month in which the Koran was sent down , a guidance for the people, and clear verses of guidance and criterion.”

[Quran: Chapter 2, 183]

f_RamadanFriem_7be1abe

“who believe, fasting is decreed for you
as it was decreed for those before you;
perchance you will guard yourselves
….
The month of Ramadan is the month
in which the Koran was sent down,
a guidance for the people,
and clear verses of guidance and
criterion.
[Quran: Chapter 2, 183]”

CINTA AGUNG DARI SYURGA

18 Jun, 2012 Comments Off on CINTA AGUNG DARI SYURGA

“Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”

Demikian sedikit coretan dari sebuah kisah cinta indah lakaran bahasanya iaitu : “CINTA AGUNG DARI SYURGA” yang merupakan himpunan beberapa kisah cinta yang telah diadaptasi dari Al-Qur’an Al-Karim. . Di mana ia memaparkan kesungguhan, pengorbanan, kasih sayang dan penyesalan untuk kita mengambil iktibar dari kisah yang dipersembahkan. Penuh dengan pengajaran, tauladan dan pedoman yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Ikutilah selanjutnya kisah sebuah epilog cinta agung dalam sejarah peradaban manusia, Cinta Agung dari Syurga.

INSAN PARADOKS

15 Jun, 2012 Comments Off on INSAN PARADOKS

Inilah waktunya dan ketikanya banyak hal yang dipamer dan semakin sedikit yang disimpan. Ingatlah, sesungguhnya hidup tidak diukur dengan berapa banyak hembusan nafas yang kita ambil. Tapi, diukur dengan saat-saat terakhir hembusan nafas kita. Ikutilah nukilan kata-kata hikmah “Insan Paradoks“.

SUBUH YANG TERAKHIR

15 Mac, 2012 Comments Off on SUBUH YANG TERAKHIR

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kudrat dan iradatnya dapat juga saya menyiapkan artikel ini sesudah subuh pada tanggal 22 rabiulawal 1433. Kisahnya adalah berkisar kepada peristiwa yang bakal terjadi pada akhir zaman disuatu peperangan  yang maha hebat antara umat islam menentang kufar iaitu Dajjal Al Masih bersama sekutunya yahudi laknatuallah. Perang Dunia ke 3 ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat. Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh sebanyak 70.000 orang. Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh nabi allah Isa as.

Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia,” kecuali pohon Gharqad  karena ia termasuk pohon Yahudi”  (HR. Bukhari dan Muslim)

Ikutilah sorotan kisah seterusnya bagaimana kebangkitan Islam bersama Al Mahdi dan nabi ISA ra memerangi Dajjal bersama bala tentera Yahudi laknatuallah, insyallah.