RINDUKU BUAT UMATKU

Pernahkah kita merasai rindu pada junjungan agung Muhammad saw. Pernahkah pula kita terfikir beliau amat merindui kita sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Kisahnya di abadikan sehinggalah kehari ini apabila kita meraikan hari Maulidur Rasul sempena mengenang hari kelahiran beliau tetapi adakah cinta dan rindu kita hanya sekadar  itu atau mengingati beliau ketika waktu yang tertentu atau terbatas pada hari dan peristiwa tertentu sahaja, Sedarilah wahai muslimin dan muslimat bahawa cintanya rindunya pada kita semua tidak pernah hilang walaupun ketika ia dipanggil menemui Allah pada hunjung nyawanya tetap dibibirnya mengucap dan mengenang kita semua dengan kalimah “Umati..Umati” atau “Umatku..Umatku..” . Begitulah gambaran hebatnya rindu Rasulullah saw pada kita semua.

Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :

“Siapakah yang paling hebat imannya?” tanya Rasulullah. “Malaikat,” jawab sahabat. “Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.””Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.””Mungkin kami,” celah seorang sahabat.”Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.”Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.”Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.”Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku ,” suara Rasulullah bernada rendah.”Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

§ 6 Responses to RINDUKU BUAT UMATKU

  • SITI ROHANI BINTI NASIB berkata:

    CUKUP MENUSUK SANUBARI SAMPAI MENITISKAN AIR MATA SESIAPA YANG MEMBACANYA…TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK BERDAKWAH
    TERIMA KASIH JUA MENYEDIAKAN ARTIKEL INI..

  • Farida Ajhe berkata:

    allahuma sholi ala sayidina Muhammad………

  • kucing merah berkata:

    assalamualaikum saudra.bleh sy share x kisah ni.

  • ibno hasim berkata:

    Kisah yg baik utk renungan dan pengajaran generasi kemudian…

  • Aril berkata:

    begitu tersentuh apabila dihayati..Izinkan saya utk share artikel ini.. ^_^

  • zuria berkata:

    dulu bila membaca sejarah nabi …… selalu aku berfikir kenapa aku tidak dilahirkan semasa zaman nabi…bersama nabi….setelah membaca pengakuan nabi….aku terkedu…sebak….disebalik semua peristiwa dan zaman hanya Allah saja yang tahu kebenarannya. Allahuakbar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: