TANDA-TANDA KEMATIAN

“Gambar Jenazah Seorang Pemuda Yang Mana Jasadnya telah di keluarkan semula selepas 3 jam ia dikebumikan, naauzubillah..! 

  

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya 
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allahualam,

§ 23 Responses to TANDA-TANDA KEMATIAN

  • sayurbayam berkata:

    Allahualam. Sumber artikel ini dari mana ya pak? Syukran.

  • ABHussin berkata:

    Infonya koq munkin dari kitab2 tasawuf para wali, bang….

    Kalo udah datang SakaratulMaut nggak ada yg bisa halang,
    Kalo sekarang kita sendiri yg mendirikan sembahyang,
    Tetapi tatakala itu kita pula disembahyangkan orang….
    Seremmm bang, gue maseh belom kimpol lagi bang….

    Itu tanda dan alamat bagi kematian dlm keadaan biasa…
    Bagaimana pula alamat2 bagi orang yg mati accident, bang….????

  • mukhtar Adam berkata:

    jika ada diantaramu memastikan kejadian melainkan dari kehendakNYA
    maka niscaya dia tidak akan berlaku sperti yang kalian fikir.
    Semua itu rahasia allah semata2.

  • muhammad soffi berkata:

    bile lahh giliran kita pulak yer….

  • ammar soleh berkata:

    akhirnya,sy tau jgk tanda2 kematian

  • siti aisyah berkata:

    apabila hari kiamat adakah orang yang mati akan hidup semula??

  • Lukmanul Hakim berkata:

    subhanallah,…..allahuakbar………

  • Abd Rahman Noor berkata:

    Kematian adalah merupakan suatu perkara yang ghaib. dan tidak ada seorang pun di bumi yang mengetahui hal2 yang ghaib. sebagaimana firman-Nya yg artix:”Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, (QS.An-Naml:65)…Wallahu a’lam

  • sara berkata:

    mohon copy….

  • MARDIATI LUTHFI berkata:

    Dri buku yg saya baca msih ada lho sambungan tanda2nya.. saya jg pernah bca bukunya…dan 45 hri ni bru mnyksikan slah satu tandanya…tlpak kki si NENEK yg akan meninggal layu…kita coba pula mempraktekkannya… kaki kita trsa pegal…

  • hermansyah berkata:

    tanda-tanda seperti itu tidak bisa dijadikan patokan.belum tentu.orang yang badannya/dagingnya bergetar/berdenyut-denyut, bisa jadi orang tersebut tergetar jiwanya sebab mendengar asma alllah, alqur’an dan zikir sehingga merambah ke sebagian tubuh/daging ataupun ke seluruh tubuh. karena itu merupakan pertanda orang yang beriman.

    terlepas dengan tanda-tanda kematian yang dipostingan tsb, kita harus tetap mempersiapkan diri untuk menghadap sang khalik dengan amal ibadah. mudah-mudahan khusnul khotimah.

  • taufik berkata:

    tidak ada yg tahu perkara gaib kecuali yg telah diwahyukan pd nabinya

  • baby berkata:

    jika sy pun sudah meninggal suatu ari nti,dpt ke sy jumpa cinta pertama sy yg juga sudah mninggal dunia pd 13/10/2012??

  • Andi Lubyantono berkata:

    Izin copy sama paste ya

  • UDL berkata:

    semua uraian itu sebaiknya harus disertai dengan dasar atau referensi yg cukup kuat.. Tidak hanya sekedar “katanya”… apalagi masalah ini terkait dengan urusan ghoib… wallahua’lam

  • Putri retno berkata:

    Asztaghfirrullah haladzim, smpe mrinding denger nya, mkasih yah udah kasih tau akn dtang nya hari kematian &tanda2 nya,subakhan’allah

  • eky dwi C.A.Y berkata:

    subhanallah…aq brlindung padamu ya allah dr siksa kubur.amin

  • kata kata berkata:

    meskipun kematian hanyalah ketentuan Allah, namun ada beberapa tanda kematian yang bisa kita pelajari. semoga kita termasuk orang orang yang mati dalam keadaan ridhanya allah SWT

  • epul berkata:

    kematian adalah suatu kepastian yg tdk bisa ditolak, kumpulkan bekal u kesana.. jangan membawa beban yg menyulitkan. smoga selamat di dunia terlebih di akherat…… ya ALLAH ….

  • Jasmine Nurul berkata:

    ,.trimsz buat infonya,.Subhanallah

  • Having read this I thought it was really informative.
    I appreciate you spending some time and effort to put this informative article together.
    I once again find myself personally spending way
    too much time both reading and commenting.
    But so what, it was still worthwhile!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: