MUDAHNYA WANITA MASUK KE SYURGA

15 Oktober, 2014 § Tinggalkan komen

muslimat3Lelaki dan wanita adalah hamba kepada Allah Maha Pencipta. Kedua-keduanya diciptakan untuk menjadi pasangan antara satu sama lain, sebagai melengkapkan sunnah penciptaan seluruh makhluk di alam maya ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maha Suci Allah Yang menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Yaasin ayat 36)

Namun demikian, wanita amat mudah untuk memasuki syurga berbanding kaum lelaki kerana kaum lelaki akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak dan isterinya dan mengajak masyarakat sekelilingnya kepada Islam. Kaum lelaki juga akan bertanggungjawab kepada keperluan ibu bapanya dan keluarganya yang belum berkahwin walaupun mereka telah mendirikan rumahtangga..

read1

Where Am I?

You are currently viewing the archives for Oktober, 2014 at Welcômè ² Idzhâr Blòg.