6 RAHSIA ALLAH
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam
Tiada komen
Apabila RAHSIA DIRI diketahui nescaya PADAM dunia ini…
sesungguhnya,rahsia Allah itu terlalu banyak…
sesungguhnya rahsia Allah itu terlalu bernilai dan nilai itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata….
Apabila iblis mencuri kitab nabi Idris, ketahuilah oleh iblis segala-galanya. Oleh itu untuk mengelakkan dari iblis mengetahui tindakan atau cara kita. Kita hendaklah mencari dalam rahsia allah taalah. Wallahualam…
Kenalilah Diri Mu Sebelum Mengenal Allah
Ketahuilah Rahsia Dirimu
Sebelum Mengetahui Rahsia Allah
Sunggu, Alloh menempatkan manusia lebih mulia semoga kita bisa menjalankan apa yang di perintahkan
sesungguhnya allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui?
subahanallah
tolong sumbernya Alquran dan hadistnya gan… 🙂
kenapa allah s.w.t menyimpan rahsia kepada umat islam??
maaf ya allah jika aku bertanya soalan macam itu
Subhanallah…Alhamdulillah..maha pengasih dan penyayangnya Allah swt.
allah tidak pernah merahasiakan sesuatu yang dapat membawa kebaikan bagi manusia.hanya manusia yang tidak tahu mengenai perkara itu ,atau bahkan berpura- pura tidak tahu.
dirahsiakan supaya ,manusia mencari dengan iman dan takwa.sesiapa berusaha akan menemuinya sesiapa yang leka akan bencana.kita diberi akal dan ilmu.dunia sebagai tempat ujian dan segala sesuatu didunia perlu usha seperti pencarian ubat2 utk penyakit.terpulang kepada manusia untuk memilih jalan mana.wallahualam…
smoga kita sumer tergolog diantara org yg brimn amin…
ya allah tolong aku