DILEMA WANITA HARI INI

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa. 

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman… 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. 

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya… 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab… 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. 
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah… 

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya… 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan… 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus… 
Bahkan akan semakin membengkok… 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya… 

Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…. 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata… 
Tapi binalah kepimpinan… 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya… 
Jinakkan diri kepada allah… 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu… 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’ 
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

purdah

§ 6 Responses to DILEMA WANITA HARI INI

  • ABHussin berkata:

    Kuntun Kunzum Makhpian permulaan cerita,
    Pertama diciptakan Adam Manusia Perkasa,
    Kecintaan Adam yang rindu akan pasangannya,
    Dari kehendak Adam jadilah Hawa itulah asalnya….

    Pertama tiada Bapak tiada Ibu Adam namanya,
    Kedua ada Bapak tiada Ibu itulah Hawa darinya,
    Ketiga tiada Bapak ada Ibu siapakah gerangannya..??
    Keempat Ada Bapak ada Ibu apa pula dia bangsanya…???

    Terjadinya alam semesta kehendaknya siapa.?
    Terdirinya alam semesta siapa punya berkatnya..??
    Si-Bapak Raja Pemerintahan kerajaan amat bahagia,
    Raja Pemaisuri sayangkan rakyatnya tiada bandingnya….

    Wahai Insan sayangilah kedua orang tua-mu,
    Bapa menangungkan kamu 40 hari lamanya,
    Ibu mengandungkan 9 bulan 10 hari penuh derita,
    Patutlah dikata syurga berada dibawah tapak kaki ibu…

    Wahai wanita betapa besar pengorbananmu,
    Tanpamu alam ini tiada erti tiada penghuninya,
    Hanya Allah jua membalas jasa penderitaanmu,
    Setia pada suami taat perintah Allah dijamin syurga-Nya…

    Wahai Pria hargai dan hurmatilah setiap Wanita,
    Mereka itu sejenis kaum Hawa seperti Ibu-mu menjaga,
    Bimbinglah mereka sama2 menuju jalan yang diRedhoi-Nya,
    Jalan berpulang keHadrat-Nya itulah destinynya kita semuanya…

    Wallahu’alam…..

    Maap, koq gurindam / syair gue nggak cocok bunyinya…

  • kami berkata:

    mohon share di blog saya..;)

  • nadia berkata:

    Sungguh indah susunan ayat tuan…minta izin sy kongsi ilmu/ayat ini. Dan ilmu salah satu dpd 3 bekalan yg akan beterusan walaupun selepas meniggal. tq.

  • haruman kasturi berkata:

    asssalamualaikum…syaikh ana nk minta syaikh kaji mengenai musa assamiri yg sezaman dgn nabi Musa a.s…musa assamiri ni dikatakn orang yg mula2 menyebar fitnah masa zaman nabi musa dgn membina patung lembu yg bercakap ketika nabi musa ke bukit tursina untuk menemui ALLAH menyebabkan kaum yahudi ketika itumnjadi sesat.. dipendekkan cerita musa assamiri ni la yg dikatakn dajjal krn hanya dia seorang je yg tahu di mana tabut tersebut disimpan dan ap yg ad dlm tabut tu krn dia sezaman dgn nabi Musa a.s…

  • jana berkata:

    sunguh indahnya jika smua umat nabi megikuti sifat2 kasih dan syg nabi , tp skrng ini byk isteri yg derhakakan suami dan byk suami yg abaikan isteri,,,,,,,,,,,,,, betuahnya org yg dpt suami byk pengatahuan ttng islam kan….

  • ummi berkata:

    saya pernah jadi pelakon tambahan

Tinggalkan komen