4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. Ayahnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 

3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di 
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman ALLAH SWT:- 
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…” 

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

§ 15 Responses to 4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA

  • Terima kasih banyak atas tauziahnya
    Semog abermanfaat bagi kita semua

  • ABHussin berkata:

    Azab Neraka yg didunia ini lagi udah terima :

    Bukan empat golongan aja bang lelaki yg jadi ahli Neraka,
    Banyak lagi golongan lelaki yg suka mencari jalan2 ke Neraka,
    Antara Syurga dgn Neraka dipilihnya jalan jatoh ke Lobang Neraka,
    Nabi SAW nggak ngaku ummat namun digemarinya juga itu Neraka……

    Azab sengsara Neraka ini kalo kena bisa membawa besar bencana,
    Didunia lagi Tohan hukumnya mati dan hidup tiada lagi bermakna,
    Menanti sakaratulmaut penuh pilu nggak siapa mahu mendekat,
    Punahnya talian zuriat putuslah kasih nggak lagi ada berkat….

    Maap / Peace / Damai Selalu…..

  • lyeza berkata:

    a’kum..
    sjak2 nak puasa skrg ni,sy asyk trfk psl kiamat,mati & apa2 sj yg brkaitan..Blh bg ckit nsht pd sy x?

  • fajar berkata:

    terima kasih atas tauziahnya

  • listanti berkata:

    moga aja sodara laki2 ku bukan golongan orang2 seperti itu

  • insan berkata:

    saya ingin bertanya.saya ada kenal seorang yang sangat hebat di malaysia ini yang suka membantu orang-orang yang susah.apa yang saya lihat,anak perempuannya sudah jadi separuh inggeris.walaupun begitu, anak itu juga suka menyalurkan bantuan kepada orang miskin.adakah mereka ini akan ke neraka juga?bila kita beritahu, mereka akan cakap syurga neraka itu di tangan Allah. pada pendapat saya, tidak ada gunanya sekiranya bijak pandai tahu hukum hakam tetapi tidak mengikut semua hukum itu.mereka ikut yang ini, yang lain mereka tinggalkan.betulkah pandangan saya ini?sekiranya salah tolong betulkan. semoga kita semua dapat menyempurnakan islam kita. terima kasih.

  • Vany Apryani berkata:

    Terima kasih atas tauziahnya,,cukup bagus…smoga besar manfaatnya khususnya bagi anda umumnya bagi kita semua…terima kasih

  • asrovi berkata:

    ijin copast

  • Nrcn berkata:

    terima kasih dengan paparan di atas.Kepada semua lelaki dan juga wanita ambilah ia sebagai ikhtibar untuk mengelak daripada menjadi ahli neraka.bila teringat sya akan mengingatkan diri sendiri.saya ingin berubah menuju ke jalan yang diredhai Nya…Doa-doakanlah…AMIN…

  • abdul hamid berkata:

    ya allah janganlah kau biarkan aku termasuk golongan-golongan tersebut amien

  • Andi Lubyantono berkata:

    Izin copy sama paste ya

  • syah berkata:

    suatu pengetahuan bt sya..

  • 07071983 berkata:

    kita mohon rahmad Allah…agar kita d jauhkan dr api neraka…

  • alfan fadil berkata:

    semoga kita tidak termasuk golongan ahli neraka. Amiinnn ……..

Tinggalkan komen